26 September 2012

Spread / Susut Nilai

Spread atau/dan susut nilai emas/perak biasanya dikira dalam bentuk peratus (%). Ia adalah perbezaan harga yang dikenakan apabila emas dijual semula kepada penjual asal; contohnya Public Gold (PG).

Saya berikan contoh yang lebih jelas seperti situasi di bawah :
  • PG menjual emas kepada Encik H.
  • Selepas harga emas mengalami kenaikan harga sebanyak 10%, Encik H hendak menjual semula emas tersebut kepada PG untuk mendapat keuntungan. 
  • Tetapi dengan adanya spread, keuntungan yang diperolehi oleh En. H adalah :
    • 10% - spread = keuntungan bersih.
Spread adalah berbeza mengikut organisasi / syarikat.

Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar

Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas.

Senarai Spread produk Public Gold






Imej kredit : pelaburjutawan.com

No comments:

Post a Comment