Saya telah selesai menghabiskan kursus/seminar 2 hari (24/2 - 25-2) :
Strategi 5B - Teknik dan Kaedah Pelaburan Emas dan Perak yang Pasti Menguntungkan
Seperti yang komen saya di Facebook & Twitter :
Facebook : "dah ada ILMU yang hebat ni dr MENTOR yang otai, bertindak mengikut SISTEM. Nak taknak terpaksa KAYA dan BERJAYA!"
Twitter : "superb course from superb personnel! #gold #financialfreedom #investment"
seminar ini adalah A-Must-Go seminar.
Saya telah lama memerhatikan pelaburan emas ini. Ini adalah hasil daripada borak2 di kedai kopi bersama rakan-rakan seperjuangan. Tapi yang saya hanya tahu,
1. "EMAS INI TIDAK AKAN SUSUT NILAI".
2. "SATU MASA NANTI, SILAP2 DUIT KITA (RINGGIT MALAYSIA) DAH TIDAK LAKU LAGI. EMAS JE YANG PALING BERHARGA"
Saya juga telah berpeluang menjadikan Dr. Azizan Osman (khabarnya dah jadi Dato') sebagai mentor saya dengan menyertai seminar beliau; Kenali Rahsia dan Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir dan Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan. Menurut ajaran beliau, salah satu cara untuk mengelakkan kebocoran wang adalah dengan memiliki emas!
Jadi, selesai sahaja kursus dengan beliau, terus saya dan isteri membuka akaun pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account) dengan membeli 5g emas (memang itu syarat permulaan membuka akaun tersebut).
Tidak lama selepas itu, saya diperkenalkan dengan Public Gold dan telah berjaya membeli 1 Dinar emas melalui seorang sahabat yang telah menjadi agen PG. Sehingga satu masa, saya mempunyai 5 Dinar emas di dalam tangan. Dengan niat saya, cukup 1 Dinar untuk setiap ahli keluarga saya (Saya sendiri, isteri, dan 3 org anak).
Namun begitu, ilmu saya di dalam emas dan pengurusan kewangan masih sangat cetek. Sampai satu ketika, saya terpaksa menggadaikan 5 Dinar saya tadi ke Ar-Rahnu Agro Bank akibat kekurangan wang tunai. Dan sehingga kita, saya telah membuat sekali overlap untuk kelima2 Dinar saya tadi. Sehingga satu masa, saya terfikir, mcmana nk kaya dengan emas yang saya ada ni?
Peluang saya untuk bertemu dan berguru dengan sifu serta jutawan emas; saudara Faizan (www.pelaburjutawan.com), saudara Pokli (www.pokli.com) serta Mahaguru Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) telah membuka hati, minda dan mata saya untuk menjadi kaya dengan berplatformkan emas.
| Faizan (www.pelaburjutawan.com) |
| Pokli (www.pokli.com) |
| Mahaguru Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) |
No comments:
Post a Comment