06 October 2012

Kepentingan Spread dalam Pelaburan Emas

Dalam pelaburan emas, keuntungan akan diperolehi oleh pelabur apabila emas yang telah dibeli telah dijual semula semasa kenaikan harga emas. Jadi pemilihan produk emas untuk pelaburan wajib mengambil kira kadar Spread yang paling rendah; berbanding saiz, berat dan ketulenan emas tersebut.

Apabila kita telah memilih kadar Spread yang paling rendah, kita akan :
  1. Mengaut keuntungan yang lebih banyak
  2. Tempoh meraih keuntungan akan menjadi lebih singkat
Contoh 1 :
En. H meletakkan sasaran keuntungan sebanyak 5% daripada pelaburan emasnya dengan memilih produk emas dengan kadar spread 10%. Ini bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15%, barulah beliau akan mencapai sasaran 5% keuntungannya selepas menjual produk emas tersebut.

Jika diambil contoh pergerakan harga emas sepanjang Januari - September 2012 seperti di bawah :


Peratus kenaikan harga emas adalah sekitar 11%.

Cara pengiraan :
Sell High - Buy Low/Buy Low x 100
=(High Sept - Low Jan)/Low Jan x 100
=(1784.50 - 1598.00)/1598.00 x 100
=11.67%

Jadi En. H masih belum meraih sebarang keuntungan.
(Situasi ini adalah andaian dimana En.H telah membeli produk emas pada paras harga paling rendah dan menjualnya pada paras harga paling tinggi)

Contoh 2 :
Puan Y pula meletakkan sasaran keuntungan sebanyak 5% juga daripada pelaburan emasnya dengan memilih produk emas dengan kadar spread 3.5%. Ini bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5%, barulah beliau akan mencapai sasaran 5% keuntungannya selepas menjual produk emas tersebut.

Berdasarkan pergerakan harga emas yang sama seperti Contoh 1 dimana kenaikan adalah sebanyak 11%, Pn. Y telah pun mencapai sasaran keuntungan yang pertama dan sekarang sedang menunggu sasaran keuntungan kedua.

Kesimpulannya, pemilihan produk emas yang paling rendah spreadnya adalah sangat penting di dalam pelaburan emas anda.

26 September 2012

Spread / Susut Nilai

Spread atau/dan susut nilai emas/perak biasanya dikira dalam bentuk peratus (%). Ia adalah perbezaan harga yang dikenakan apabila emas dijual semula kepada penjual asal; contohnya Public Gold (PG).

Saya berikan contoh yang lebih jelas seperti situasi di bawah :
  • PG menjual emas kepada Encik H.
  • Selepas harga emas mengalami kenaikan harga sebanyak 10%, Encik H hendak menjual semula emas tersebut kepada PG untuk mendapat keuntungan. 
  • Tetapi dengan adanya spread, keuntungan yang diperolehi oleh En. H adalah :
    • 10% - spread = keuntungan bersih.
Spread adalah berbeza mengikut organisasi / syarikat.

Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar

Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas.

Senarai Spread produk Public Gold






Imej kredit : pelaburjutawan.com

25 September 2012

Dealer Public Gold

Salam,
Terdapat 3 jenis dealer di Public Gold :
  • Normal Dealer
  • Priority Dealer 
  • Master Dealer
Untuk mendaftar sebagai dealer, anda hanya perlu membuat belian minimum Emas atau Perak atau kedua-duanya sekali dalam amaun minimum yang telah ditetapkan, dan ianya perlu dibuat dalam satu belian.

Normal Dealer

anda perlu membuat belian minima RM20,000 dalam satu resit

Kelebihan :

  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen 0.2%

Priority Dealer

anda perlu membuat belian minima RM100,000 dalam satu resit

Kelebihan :

  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 1.5%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen 0.5%

Master Dealer

anda perlu memperkenalkan 5 orang Priority Dealer 

Kelebihan :
  • Setiapkali Membuat Belian Anda Akan Dibayar Komisyen 2%
  • Bila Anda Membuat Jualan Semula Ke Public Gold, Anda Akan Dibayar Komisyen 0.5%
  • Jika ada dealer yang anda perkenalkan, setiap kali mereka membuat belian, anda akan menerima komisyen :
    • 1% Dari Normal Dealer
    • 0.5% Dari Priority Dealer
    • 0.1% Dari Master Dealer
Secara ringkasnya :
Imej kredit : pelaburjutawan.com


18 April 2012

Income Statement

Salam ... Kalau sape2 yang ada tgk video saya dlm post yang terdahulu, mungkin perasan yang saya ada sebut berkenaan dgn keadaan income family saya yang huru hara. So first step yang saya janji nk buat adalah Income Statement. Apa itu Income Statement, ataupun Penyata Pendapatan? Sgt mudah! Iaitu lah senarai pendapatan kita utk sesuatu bulan, serta senarai perbelanjaan kita utk sesuatu bulan. Jika anda adalah seorang peniaga, mungkin pendapatan anda setiap bulan berbeza2. Ini adalah kerana, mungkin bulan ini kita untung 50%, bulan depan mungkin 60%. tapi apa yang sy nak cerita,an di sini adalah pendapatan bulanan secara purata. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan Microsoft Excel (pengguna Windows tegar). Memandangkan sy adalah hard core kepada Mac OS, sya menggunakan Numbers. Walaubagaimanapun jgn risau. Kaedah dan formula nye sama shj. Berikut adalah contohnya :
Ini adalah contoh sahaja!
Mungkin anda boleh menggunakan mengikut kesesuaian anda. Walaubagaimanapun, ini adalah cara sy secara peribadi. Mungkin anda semua ada cara yang lagi baik. So terpulang lah pada masing2. Salamatt!

25 March 2012

Strategi 5B round ke 2

Assalamua'laikum.
Saya mendoakan anda terus KAYA dan BERJAYA.

Alhamdulillah, hari ini saya telah berpeluang menyertai geng2 Strategi 5B dalam bengkel yang telah diadakan di Empress Hotel, Sepang. Tapi kali ini bukanlah sebagai peserta, tetapi sebagai krew. Terima kasih kepada En. Pian Kay kerana memberi peluang. Peserta ada lebih kurang 33 orang. Paling jauh, dari Sandakan. Tp ada seorang dari Brunei. Lubuk juga tu. Yang lagi bestnya, ada seorang peserta OKU dari Subang yang datang join sekali.
So, orang cakap sambil menyelam minum air. Maka dapatlah juga ilmu-ilmu baru yang mungkin saya tertinggal ataupun tidak tersampaikan semasa sessi yang saya join dahulu. Maka terupgrade ilmu pelaburan emas ini kepada versi 2.5. Sekali lagi, TQ Sifoo Faizan, Sifoo Shukur & Sifoo Pokli.

Bakal speaker Strategi 5B
Chiow.

07 March 2012

Kitco Kcast Alerts

Assalamua'laikum.

Sebagai memudahkan lagi kerja-kerja kita dalam pelaburan emas, saya telah menjumpai (actually setelah diberitahu oleh seorang sahabat) berkenaan dengan satu applikasi yang boleh memberitahu kita apabila harga emas mencapai / jatuh kepada sesuatu harga; iaitu :

Kitco Kcast Alerts

http://sms.kitco.com/KcastAlertsWeb/welcome.action

Applikasi ini akan menghantar email kepada kita setelah kita membuat tetapan (setup) pada masa bila email itu hendak dihantar. Amat sesuai buat sesiapa yang menggunakan smart phone untuk memeriksa email. Tapi anda perlu mendaftar dahulu ya.

Laman depan Kitco Kcast Alerts

Tambah alert baru

Tetapan yang terdapat di dalam Kitco Kcast Alert

Dah buat tetapan, tunggu sahaja bila tiba masanya ;)
Sebelum ini terdapat masalah untuk add new alert.
Selepas berbalas email dengan mereka, sistem ini telah berfungsi kembali.

Email balas dari teknikal kitco

Hari ini dia orang email kata dah OK ;)
Yang penting adalah part untuk tetapan (setup) alert itu. Untuk meletak tetapan itu, anda haruslah mempunyai ilmu Strategi5B. Yeahhhh!

Selamat terpaksa menjadi jutawan!

05 March 2012

Sebab-sebab harga emas turun last week

Assalamua'laikum, Hi, Hello,

Last week sepatutnya dah 1st Buy (1/13). Siapa yang pergi course Strategi5B tahu lah kan ;). Tp den tidak berkesempatan. Modal masih belum mengizinkan. Tengah menyusun strategi lagi. Tp, apa nak takut, graf mcmana pon, kita dah ada MENTOR dah turunkan ILMU, so ikut je lah SISTEM tu. Sekarang tinggal tindakan je lah.

Btw, just wanna share antara sebab graf turun last week. Dpt info ni dr fb, salah sorg member share :
Bacaan lanjut, klik sini.

27 February 2012

Turning point

Hi,

Saya telah selesai menghabiskan kursus/seminar 2 hari (24/2 - 25-2) :
Strategi 5B - Teknik dan Kaedah Pelaburan Emas dan Perak yang Pasti Menguntungkan

Seperti yang komen saya di Facebook & Twitter :
Facebook : "dah ada ILMU yang hebat ni dr MENTOR yang otai, bertindak mengikut SISTEM. Nak taknak terpaksa KAYA dan BERJAYA!"
Twitter : "superb course from superb personnel! #gold #financialfreedom #investment"

seminar ini adalah A-Must-Go seminar.

Saya telah lama memerhatikan pelaburan emas ini. Ini adalah hasil daripada borak2 di kedai kopi bersama rakan-rakan seperjuangan. Tapi yang saya hanya tahu,
1. "EMAS INI TIDAK AKAN SUSUT NILAI".
2. "SATU MASA NANTI, SILAP2 DUIT KITA (RINGGIT MALAYSIA) DAH TIDAK LAKU LAGI. EMAS JE YANG PALING BERHARGA"

Saya juga telah berpeluang menjadikan Dr. Azizan Osman (khabarnya dah jadi Dato') sebagai mentor saya dengan menyertai seminar beliau; Kenali Rahsia dan Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir dan Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan. Menurut ajaran beliau, salah satu cara untuk mengelakkan kebocoran wang adalah dengan memiliki emas!
Jadi, selesai sahaja kursus dengan beliau, terus saya dan isteri membuka akaun pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account) dengan membeli 5g emas (memang itu syarat permulaan membuka akaun tersebut).
Tidak lama selepas itu, saya diperkenalkan dengan Public Gold dan telah berjaya membeli 1 Dinar emas melalui seorang sahabat yang telah menjadi agen PG. Sehingga satu masa, saya mempunyai 5 Dinar emas di dalam tangan. Dengan niat saya, cukup 1 Dinar untuk setiap ahli keluarga saya (Saya sendiri, isteri, dan 3 org anak).

Namun begitu, ilmu saya di dalam emas dan pengurusan kewangan masih sangat cetek. Sampai satu ketika, saya terpaksa menggadaikan 5 Dinar saya tadi ke Ar-Rahnu Agro Bank akibat kekurangan wang tunai. Dan sehingga kita, saya telah membuat sekali overlap untuk kelima2 Dinar saya tadi. Sehingga satu masa, saya terfikir, mcmana nk kaya dengan emas yang saya ada ni?

Peluang saya untuk bertemu dan berguru dengan sifu serta jutawan emas; saudara Faizan (www.pelaburjutawan.com), saudara Pokli (www.pokli.com) serta Mahaguru Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) telah membuka hati, minda dan mata saya untuk menjadi kaya dengan berplatformkan emas.
 Faizan (www.pelaburjutawan.com)

Pokli (www.pokli.com)

Mahaguru Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) 

Inilah turning point saya!