Jutawan & Pakar Pelaburan Emas
07 January 2013
06 October 2012
Kepentingan Spread dalam Pelaburan Emas
Dalam pelaburan emas, keuntungan akan diperolehi oleh pelabur apabila emas yang telah dibeli telah dijual semula semasa kenaikan harga emas. Jadi pemilihan produk emas untuk pelaburan wajib mengambil kira kadar Spread yang paling rendah; berbanding saiz, berat dan ketulenan emas tersebut.
Apabila kita telah memilih kadar Spread yang paling rendah, kita akan :
Peratus kenaikan harga emas adalah sekitar 11%.
Jadi En. H masih belum meraih sebarang keuntungan.
Apabila kita telah memilih kadar Spread yang paling rendah, kita akan :
- Mengaut keuntungan yang lebih banyak
- Tempoh meraih keuntungan akan menjadi lebih singkat
Contoh 1 :
En. H meletakkan sasaran keuntungan sebanyak 5% daripada pelaburan emasnya dengan memilih produk emas dengan kadar spread 10%. Ini bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 15%, barulah beliau akan mencapai sasaran 5% keuntungannya selepas menjual produk emas tersebut.
Jika diambil contoh pergerakan harga emas sepanjang Januari - September 2012 seperti di bawah :
Jika diambil contoh pergerakan harga emas sepanjang Januari - September 2012 seperti di bawah :
Peratus kenaikan harga emas adalah sekitar 11%.
Cara pengiraan :
Sell High - Buy Low/Buy Low x 100
=(High Sept - Low Jan)/Low Jan x 100
=(1784.50 - 1598.00)/1598.00 x 100
=11.67%
Jadi En. H masih belum meraih sebarang keuntungan.
(Situasi ini adalah andaian dimana En.H telah membeli produk emas pada paras harga paling rendah dan menjualnya pada paras harga paling tinggi)
Contoh 2 :
Contoh 2 :
Puan Y pula meletakkan sasaran keuntungan sebanyak 5% juga daripada pelaburan emasnya dengan memilih produk emas dengan kadar spread 3.5%. Ini bermakna beliau perlu menunggu kenaikan harga emas sebanyak 8.5%, barulah beliau akan mencapai sasaran 5% keuntungannya selepas menjual produk emas tersebut.
Berdasarkan pergerakan harga emas yang sama seperti Contoh 1 dimana kenaikan adalah sebanyak 11%, Pn. Y telah pun mencapai sasaran keuntungan yang pertama dan sekarang sedang menunggu sasaran keuntungan kedua.
Kesimpulannya, pemilihan produk emas yang paling rendah spreadnya adalah sangat penting di dalam pelaburan emas anda.
26 September 2012
Spread / Susut Nilai
Spread atau/dan susut nilai emas/perak biasanya dikira dalam bentuk peratus (%). Ia adalah perbezaan harga yang dikenakan apabila emas dijual semula kepada penjual asal; contohnya Public Gold (PG).
Saya berikan contoh yang lebih jelas seperti situasi di bawah :
Saya berikan contoh yang lebih jelas seperti situasi di bawah :
- PG menjual emas kepada Encik H.
- Selepas harga emas mengalami kenaikan harga sebanyak 10%, Encik H hendak menjual semula emas tersebut kepada PG untuk mendapat keuntungan.
- Tetapi dengan adanya spread, keuntungan yang diperolehi oleh En. H adalah :
- 10% - spread = keuntungan bersih.
Spread – Kadar potongan peratusnya rendah dan tetap. Biasanya ia untuk emas berbentuk Bar, Syiling dan Dinar
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas.
Susut nilai – Kadar potongan peratusnya lebih tinggi dan berbeza-beza bergantung kepada penilaian harga yang ditawarkan untuknya. Biasanya ia untuk emas berbentuk barang kemas.
Senarai Spread produk Public Gold
Imej kredit : pelaburjutawan.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
